JAWATAN KOSONG TERBARU DI LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI LADA - GAJI RM1,200.00 - RM9,546.00

JAWATAN KOSONG LADA

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi LADA 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi LADA sebagaimana berikut:

1. JURUAUDIT SETARA 41
2. PEGAWAI TADBIR SETARA 41
3. PENOLONG JURUTERA SETARA 29
4. PEMBANTU LAUT A19
5. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN SETARA 19
6. PENGAWAL KESELAMATAN SETARA 11

PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di pautan dibawah. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah :-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon
yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan
hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : LANGKAWI, KEDAH
Tarikh Tutup : 29 DIS 2016

IKLAN KEKOSONGAN