JAWATAN KOSONG TERBARU PELBAGAI BIDANG DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI - GAJI RM1,218.00 - RM5,753.00

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN NILAI

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
4. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29
5. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
6. PEMBANTU PENILAIAN W19
7. PEMANDU KENDERAAN H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.05 (termasuk CBP 6%). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan :-

i) Salinan MyKad;
ii) Salinan Sijil Lahir
iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);
iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

Semua salinan sijil tidak perlu disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
NO.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
Peti Surat No. 52
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan Temu Duga di laman web MPN. 

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Lokasi : NEGERI SEMBILAN
Tarikh tutup : 28 NOV 2016

IKLAN KEKOSONGAN