JAWATAN KOSONG TERBARU DI LEMBAGA URUS AIR SELANGOR LUAS - GAJI RM1 218.00 - RM5 674.00

JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor LUAS 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor LUAS sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Undang - ­Undang L29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Pembantu Tadbir P/O N19
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
5. Juruteknik Komputer FT19
6. Pembantu Penguatkuasa KP19
7. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sahaja. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut: 

(a) Salinan Kad Pengenalan. 
(b) Salinan Surat Beranak. 
(c) Salinan lesen memandu (bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11). 
(d) Salinan sijil-sijil kelayakan. 
(e) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan. 
(f) Gambar berukuran pasport.

Permohonan hendaklah dihantar kepada: 
PENGARAH, 
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR, 
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN, 
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 
40000 SHAH ALAM, 
SELANGOR DARUL EHSAN.

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat. 
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. 

Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 18 NOV 2016

IKLAN KEKOSONGAN