JAWATAN KOSONG TERBARU DI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG - GAJI RM1,205.00 - RM9,546.00

JAWATAN KOSONG PERDA

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang PERDA 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang PERDA sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11.

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm berserta nama, alamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau layari laman web PERDA atau datang sendiri ke Ibu Pejabat PERDA. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH

Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat atau sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.  

Lokasi : PULAU PINANG
Tarikh tutup : 09 NOV 2016

IKLAN KEKOSONGAN