JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR - GAJI RM 1,218.00 - RM 5,753.00

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor MDHS Oktober 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor MDHS sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Penolong Juruukur Bahan JA29
3. Penolong Pegawai Penerangan S29
4. Pemandu Kenderaan H11
5. Pembantu Awam H11

PERMOHONAN
Borang Permohonan Jawatan boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%). Bagi Borang Permohonan Jawatan yang dimuat turun di laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor, anda perlu membuat bayaran sebanyak RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) semasa menghantar borang di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan.

Borang permohonan (termasuk borang yang dimuat turun dari laman web rasmi MDHS) hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas dari muka surat 1 hingga 7. Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah DISAHKAN dari salinan asal (Sila rujuk arahan yang tertera di dalam borang permohonan jawatan). Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU

(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan. Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 28 OKT 2016

IKLAN KEKOSONGAN MDHS
BORANG PERMOHONAN