JAWATAN KOSONG TERBARU DI LEMBAGA MUZIUM NEGERI PULAU PINANG - OKTOBER 2016

LEMBAGA MUZIUM NEGERI PULAU PINANG

Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang sebagaimana berikut:

1. Penolong Kurator S29 - 02 Kekosongan
2. Penolong Jurutera JA29 - 01 Kekosongan

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi melalui pautan dibawah atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang. Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, butiran diri (resume) yang menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.

Semua permohonan hendaklah dialamatkan seperti berikut :-

Bahagian Pentadbiran (Perjawatan)
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
No. 57, Jalan Macalister, 10400,
George Town, Pulau Pinang.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temu duga. Pemohon-pempohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Lokasi : P. PINANG
Tarikh tutup : 07 OKT 2016

IKLAN KEKOSONGAN DAN PERMOHONAN