JAWATAN KOSONG TERBARU PELBAGAI GRED DI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA - GAJI RM1,353.00 - RM9,607.00

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ Oktober 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ sebagaimana berikut:

1. Pegawai Undang­Undang L41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
3. Pembantu Penilaian W19
4. Pembantu Akauntan W19
5. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan maklumat jawatan boleh dilayari di laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui pautan dibawah. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:- 

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 05 OKT 2016

IKLAN KEKOSONGAN