JAWATAN KOSONG TERBARU DI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA LPPKN - 02 SEPT 2016

JAWATAN KOSONG LPPKN

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN sebagaimana berikut:

1. Pegawai Khidmat Pelanggan - SPM

PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui pautan dibawah ATAU menghantar resume lengkap beserta salinan kelayakan berkaitan dan setaraf dengannya, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, salinan kad pengenalan dan salinan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut dengan menulis jawatan yang dipohon pada sudut kiri sampul surat. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.

PUSAT KELUARGA LPPKN SEREMBAN 2,
PERSIARAN S2/B3,
SEREMBAN 2,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

(u.p.: Unit Pentadbiran)

Keutamaan diberikan kepada :
(a) Calon Perempuan
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas
(c) Menetap di Negeri Sembilan
(d) Mempunyai Lesen memandu B2/D
(e) Mempunyai kenderaan

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Lokasi : NEGERI SEMBILAN
Tarikh tutup : 02 SEPT 2016

IKLAN KEKOSONGAN
BORANG PERMOHONAN