JAWATAN KOSONG PENSYARAH PELBAGAI BIDANG DI UNIVERSITI SELANGOR UNISEL - 29 JULAI 2016


JAWATAN PENSYARAH UNISEL 2016

Universiti Selangor UNISEL Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Selangor UNISEL sebagaimana berikut:

1. Pensyarah DS45 – 03 Kekosongan
2. Penolong Pensyarah DA41 (B. Inggeris) – 03 Kekosongan
3. Penolong Pensyarah DA41 (Teknologi Maklumat) – 01 Kekosongan 
4. Penolong Pensyarah DA41 (Asas Pengurusan) – 01 Kekosongan

PERMOHONAN
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut:

i. Latar belakang peribadi (termasuk No. Kad Pengenalan), keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi; 
ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja; 
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peingkat termasuk di peringkat Antarabangsa; 
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya. 

Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia 
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan 
Kampus Bestari Jaya 
45600 Bestari Jaya 
Selangor 

Tel : 03-3280 5077 / 03-3280 5058

Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 29 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN