JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA - 22 JULAI 2016


MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA MELAKA

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya MPHJ Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya MPHJ sebagaimana berikut:

1. Juruukur Bahan J41

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati di Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem 
RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.

Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka

(U.P  : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Lokasi : MELAKA
Tarikh tutup : 22 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN DAN PERMOHONAN