JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH LENGGONG MDL - 27 JULAI 2016


BORANG PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS DAERAH LENGGONG

Majlis Daerah Lenggong MDL Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Lenggong sebagaimana berikut:

1. Pembantu Awam H11 - 04 Kekosongan

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang (MD.LG.Pkdm.1/96) yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lenggong atau muat turun di pautan dibawah. Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut (DISAHKAN) :-

i. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat);
ii. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
iii. Salinan surat beranak;
iv. Salinan Kad Pengenalan Bapa/Ibu;
v. Salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi;
vi. Lain-lain sijil yang berkenaan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang bertulis ‘PEMBANTU AWAM GRED H11 (PSH)’ dan dihantar ke alamat seperti berikut:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : PERAK
Tarikh tutup : 27 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN PENUH