JAWATAN KOSONG TERBARU DI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR JAINJ - 10 JULAI 2016


JAWATAN KOSONG JAINJ 2016

Jabatan Agama Islam Negeri Johor JAINJ Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di  Jabatan Agama Islam Negeri Johor JAINJ sebagaimana berikut:

1. Pemandu Kenderaan H11
2. Pembantu Awam H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dengan menggunakan BORANG JAINJ / SUMBER MANUSIA yang boleh diperolehi dari : 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Aras 4 Blok A
Pusat Islam Iskandar Johor,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru, atau di

Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran, dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat, atau dengan mengirim sampul surat berukuran 11 x 22 sm (4 x 9 inci) bersetem 80 sen yang beralamat sendiri, dengan mencatat PERMOHONAN BORANG JAINJ / SUMBER MANUSIA” di sudut sebelah kiri sampul surat. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport dan salinan sah dokumen-dokumen berikut :

i. Sijil Kelahiran
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil SRP / PMR
iv. Sijil Berhenti Sekolah
v. Lesen Memandu, dan
vi. Lain-lain Sijil / Kelulusan yang berkaitan

Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ARAS 4 BLOK A
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR
KARUNG BERKUNCI 725
80990 JOHOR BAHRU

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Lokasi : JOHOR
Tarikh tutup : 10 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN DAN CARA MEMOHON