JAWATAN KOSONG TERBARU DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK - 08 JULAI 2016


IKLAN JAWATAN KOSONG SPA SARAWAK JURUTERA 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak sebagaimana berikut:

1. Jurutera (Awam) J41
2. Jurutera (Mekanikal) J41

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dikemukakan SECARA TALIAN (ON-LINE) melalui laman web dibawah. Pemohon yang telah berdaftar dengan sistem e-Recruitment tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah. Pemohon hanya perlu mengemaskini jawatan yang dikehendaki secara terus atas talian (on line).

Semua pemohon dikehendaki untuk mengemukakan sekeping gambar  berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan yang telah diakui sah sebelum tarikh tutup iklan ke:

PENGARAH
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SARAWAK
TINGKAT 9 & 10, IBU PEJABAT JPS
WISMA SABERKAS
JALAN TUN ABANG HAJI OPENG
93626 KUCHING
SARAWAK

(u.p: Cawangan Sumber Manusia dan Pentadbiran)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : SARAWAK
Tarikh tutup : 08 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN