SKIM LATIHAN 1MALAYSIA DI TENAGA NASIOANL BERHAD TNB - 31 JULAI 2016


SKIM LATIHAN 1MALAYSIA TNB 2016

Tenaga Nasional Berhad TNB Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Tenaga Nasional Berhad TNB sebagaimana berikut:

1. Skim Latihan 1Malaysia - Industri Bekalan Elektrik

SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
3. PNGK 2.50 dan ke atas bagi semua bidang pengajian.
4. SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
5. Had umur tidak melebihi 28 tahun.
6. Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang tidak mendapat  pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat.
7. Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
8. Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Syarikat-Syarikat Penjana Bebas (IPPs).
9. Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah.

FAEDAH PENYERTAAN
1. Elaun saraan sebanyak RM1,500 sebulan.
2. Kelayakan cuti  sebanyak 8 hari sepanjang 8 bulan latihan.
3. Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 8 bulan latihan.
4. Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 8 bulan latihan.

PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online E-Madis melalui pautan dibawah. Bagi permohonan yang pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau format hard copy tidak akan diberi pertimbangan. Permohonan perlu dimajukan sebelum 31 Julai 2016. Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh tutup : 31 JULAI 2016

IKLAN JAWATAN DAN PERMOHONAN ONLINE