JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH LIPIS MDL - 27 JUN 2016





majlis daerah lipis 2016

Majlis Daerah Lipis MDLipis Jun 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Lipis MDLipis sebagaimana berikut:

1. Pembantu Operasi N11

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL/JKP/JAWAT 01/02 yang di muat turun dipautan dibawah. Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut dan salinan dokumen di bawah hendaklah DIAKUI SAH : -

(i.) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat);
(ii.) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
(iii.) Salinan surat beranak;
(iv.) Salinan Kad Pengenalan Bapa/Ibu;
(v.) Salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi.
(vi.) Lain-lain sijil yang berkenaan.

Calon-calon yang memohon Borang MDL/JKP/JAWAT 01/02 melalui pos dan borang muat turun dari laman web MDL mestilah menyertakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem RM 1.00. Sampul surat itu hendaklah ditulis NAMA JAWATAN DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SAMPUL SURAT.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LIPIS
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR.

( U/P : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN )

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : PAHANG
Tarikh tutup : 27 Jun2016

IKLAN KEKOSONGAN

Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

0 Response to "JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH LIPIS MDL - 27 JUN 2016"

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :