JAWATAN KOSONG TERBARU DI LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI LADA - 16 JULAI 2016



PENGAWAL KESELAMATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI JULAI 2016

Lembaga Pembangunan Langkawi LADA Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi LADA sebagaimana berikut:

1. Pengawal Keselamatan KP11 - 03 Kekosongan

PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di pautan dibawah. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan termasuk salinan sijil ujian lisan Bahasa Melayu (SPM) dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600 600.  

Lokasi : LANGKAWI, KEDAH
Tarikh tutup : 16 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN