JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA MAIM - 11 JULAI 2016



JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA MAIM 2016

Majlis Agama Islam Melaka MAIM Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di  Majlis Agama Islam Melaka MAIM sebagaimana berikut:

1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
5. Penolong Juruukur Bahan JA29
6. Penolong Pegawai Tanah NT27
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
8. Pembantu Hal Ehwal Islam S17
9. Pembantu Akauntan W17
10. Juruteknik Elektrik J17
11. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di pautan dibawah. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon.Permohon hendaklah mengisi satu borang permohonan untuk satu jawatan sahaja, sekiranya berminat untuk memohon lebih dari satu jawatan, pemohon hendaklah mengisi borang permohanan yang lain. Selain itu, pemohon juga dikehendaki mengisi nama jawatan dan gred di borang perhonan jawatan.

Sila hantarkan permohonan anda ke :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Aras 1, Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.

(U.P : Bahagian PSM dan Penerbitan MAIM)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temuduga. MAIM tidak akan menanggung sebarang tuntutan perbelanjaan apabila dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : MELAKA
Tarikh tutup : 11 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN