JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH - 26 MEI 2016




JAWATAN KOSONG JKM KEDAH 2016

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Mei 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah sebagaimana berikut:

1. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati di pautan dibawah. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja yang diiklankan dengan syarat mereka memenuhi syarat lantikan dan kelayakan yang ditetapkan.

Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama-sama borang permohonan;

a) Sekeping gambar (terbaru) berukuran passport.
b) Kad Pengenalan
c) Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Lahir
d) Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Persekolahan Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.
e) Lesen Memandu yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi permohonan jawatan Pemandu Kenderaan sahaja.
f) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporanm Sulit yang yang terkini bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Borang permohonan yang disi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil dan
dokumen-dokumen yang lain berkaitan dengan setem yang mencukupi. Dikemukakan dengan mengunakan sampul surat berukuran 229mm x 423mm dan dilekat dengan setem yang mencukupi. Di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah di tulis Huruf Besar yang jelas Nama Jawatan Yang DiPohon

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut sebelum atau pada;

Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman
Aras bawah, Blok C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Mu’adzam Shah
06550 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

[ u.p : Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia ]

Calon yang tidak dipanggil temuduga kerana tidak memenuhi syarat Asas Tapisan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya jika tidak menerima sebarang makluman selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan.

Lokasi : KEDAH
Tarikh tutup : 26 Mei 2016, Jam 2.30 Petang

Iklan Kekosongan dan Borang Permohonan


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

1 Response to "JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH - 26 MEI 2016"

Komen anda amat dialu-alukan

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :