EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL WANITA PDRM - 8 JUN 2016




KONSTABEL WANITA PDRM JUN 2016
Polis DiRaja Malaysia PDRM Mei 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Polis DiRaja Malaysia PDRM sebagaimana berikut:

1. Konstabel Wanita

PERMOHONAN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemeriksaan ujian fizikal bagi eksesais pengambilan jawatan Konstabel Wanita di Semenanjung Malaysia mulai 15 Mei 2016 hingga 8 Jun 2016. 

Pemeriksaan ujian fizikal ini adalah bagi CALON-CALON YANG TELAH MENJALANI URUSAN DOKUMENTASI PADA 1 FEBRUARI 2016 HINGGA 8 MAC 2016 LALU SAHAJA. Semakan status boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di pautan dibawah.

Calon-calon perlu menyemak nama, nombor kad pengenalan, tarikh serta pusat pemeriksaan ujian fizikal dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berikut semasa menghadiri ujian fizikal:

1. Cetakan surat panggilan ujian fizikal yang boleh dimuat turun dari SSO PDRM;

2. Surat Sokongan daripada pegawai di jabatan masing-masing (untuk kakitangan kerajaan sahaja);

3. Salinan dokumen-dokumen yang belum diserahkan (untuk calon-calon yang tidak membawa dokumen pada peringkat dokumentasi).

Senarai tarikh dan pusat pemeriksaan ujian fizikal bagi setiap lokasi boleh disemak melalui Portal Rasmi PDRM atau Facebook Rasmi PDRM.

Calon-calon dikehendaki membaca surat yang telah dicetak melalui SSO sebagai panduan dan persiapan sebelum menghadiri pemeriksaan ujian fizikal. Calon-calon yang gagal menghadiri pemeriksaan ujian fizikal pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Unit Pengambilan PDRM melalui talian 03-2266 8347 / 8349 / 8350 / 8351.

Lokasi : PELBAGAI NEGERI
Tarikh tutup : 08 Jun 2016

Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

0 Response to "EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL WANITA PDRM - 8 JUN 2016"

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :